Maklumat Sukma
 Pungutan Pingat
 Keputusan Sukma 2014
 Logo & Maskot
 Jawatankuasa
 Ketua Delegat Teknikal
 Jadual Pertandingan
 Tujuan dan Objektif
 Sejarah Sukma
 Rekod Sukna Sukma
LOGO RASMI SUKMA XVII PERLIS 2014

Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara
Membawa makna keharmonian dan perpaduan dalam sukan

Memaparkan semangat juang dan kegigihan serta keberanian menghadapi pelbagai cabaran
Membawa makna keluhuran dan suci jiwa serta ikhlas

MASKOT SUKMA XVII PERLIS 2014

Singa adalah merupakan ikon dan identiti Negeri Perlis yang amat dikenali sebagai "Singa Utara". Walaupun singa tidak pernah wujud di negeri ini namun singa diangkat sebagai imej utama logo kerana ianya melambangkan rakyat Perlis sendiri yang memiliki sifat dan jiwa seperti singa iaitu berani, pantas, cekap, suka hidup berkawan, pintar dan penyayang.

LAGU TEMA SUKMA XVII PERLIS 2014

SEIRING MENUJU KECEMERLANGAN

Heii..Pakat mai lah ramai ramai
Kita berhimpun di Perlis
Sukan Malaysia 17
Perlis jadi tuan rumah
Dengan satu tema
Seiring menuju kecemerlangan

Setiap kita
Kemari bersama semangat waja
Satu cita-cita
Berusaha merangkul pingat juara

Dalam gelanggang
Kita bertekad capai kejayaan
Dengan impian dan harapan
Seiring menuju kecemerlangan

Bersama teguhnya keazaman
Bersama kukuhnya keyakinan
Hingga ke akhir garisan

Ayuhlah mulakan langkahmu
Seiring menuju ke hadapan
Ikatan setiakawan
Menjadi dorongan.

Sukma Perlis ke tujuh belas
Bersama kita menjayakan
Dengan semangat kesukanan

Sukma Perlis ke tujuh belas
Bersama kita menjayakan
Dengan semangat kesukanan

Ayuhlah mulakan langkahmu
Seiring menuju ke hadapan
meraih kemenangan
Seiring menuju kecemerlangan