Maklumat Sukma
 Pungutan Pingat
 Keputusan Sukma 2014
 Logo & Maskot
 Jawatankuasa
 Ketua Delegat Teknikal
 Jadual Pertandingan
 Tujuan dan Objektif
 Sejarah Sukma
 Rekod Sukna Sukma
TUJUAN DAN OBJEKTIF SUKAN MALAYSIA XVII, PERLIS 2014



TUJUAN DAN OBJEKTIF SUKMA XVII, PERLIS 2014

TUJUAN SUKAN MALAYSIA (SUKMA)

Sukan Malaysia atau dengan ringkasnya SUKMA adalah satu acara kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis-Majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia.

SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA. Sukan Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.


OBJEKTIF SUKMA

Temasya Sukan Malaysia adalah merupakan sukan yang berprestij, yang mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara total dalam sukan yang dipertandingkan.

Untuk mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di peringkat negeri dan daerah terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan. Menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti Jurulatih, Pegawai-Pegawai Teknikal dan Pentadbir-Pentadbir Sukan.

Menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta membaikpulih kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan daerah. Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara ke peringkat Antarabangsa di masa hadapan. Menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia.